Wednesday, September 22, 2010

Lawatan Ke IGEM 2010

International Greentech and Eco Products Conference and Exhibition 2010 (IGEM 2010) merupakan satu pameran yang akan mengetengahkan pameran-pameran dalam bidang bioteknologi, pengangkutan, perdagangan carbon, dan sebagainya.

Pada pameran ini, pelajar berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aspek-aspek berkenaan dan juga dapat membentuk satu bentuk jalinan (networking) bersama industri-industri yang ada.

Pameran berkenaan akan diadakan pada 16-17 Oktober 2010 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Pihak Persatuan Mahasiswa Sains dan Teknologi Industri (SCITEXS) telah memilih untuk mengadakan lawatan pada tarikh 16 Oktober 2010.

Kepada mana-mana mahasiswa FSTI yang berminat, anda dapat mengisi borang yang disediakan. Tempat terhad kepada 25 orang pelajar sahaja.

0 comments:

Post a Comment