PRESIDEN SICTEXS


AMIRUL EDHAM ROSLEE

Beliau merupakan Pengerusi SCITEXS yang pertama bagi sesi 2008/09 dan juga merupakan antara pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri yang terlibat untuk menubuhkan SCITEXS sejurus pembukaan Fakulti Sains dan Teknologi Industri. 

Beliau juga pernah memegang jawatan selaku ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa, EXCO Perumahan dan Penempatan Pelajar bagi MPM sesi 2010/11.



MUHAMMAD QUSYAIRI BIN HASHIM

Merupakan Presiden Fakulti Sains dan Teknologi Industri yang kedua. Di sepanjang perkhidmatan selaku Presiden, beliau menumpukan kepada pembangunan dan pengukuhan SCITEXS bagi menyambung aspirasi pimpinan terdahulu. Sebelum meletakkan jawatan, beliau telah memperkenalkan Pelan Kemajuan Fakulti (2011-2015) yang bertujuan sebagai blueprint terhadap pembangunan fakulti dalam jangka masa lima tahun.

Kini, beliau memegang jawatan selaku Junior Officer di Pejabat Antarabangsa UMP dan juga merupakan Ketua Gerak Kerja Pengantarabangsaan Universiti Malaysia Pahang



FAIRUL HAIZAD BIN FAHRURAZI

Beliau merupakan Pengerusi terkini SCITEXS. Perancangan bagi penggal pentadbiran beliau akan ditumpukan kepada pengukuhan persatuan serta perlaksanaan Pelan Kemajuan Fakulti (2011-2015). Beliau juga menumpukan kepada pembangunan persatuan pada peringkat antarabangsa dengan penumpuan kepada Global Outreach Program (GOP).