Saturday, October 13, 2012

NOTIS MAKLUMAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI


Kepada mana-mana pelajar yang berminat untuk menyertai pilihanraya Fakulti Sains dan Teknologi Industri, diharap dapat mengisi borang yang telah disediakan.

Untuk pengetahuan semua, SCITEXS telah menggunakan sistem pertandingan diatas jawatan bagi memastikan pemegang jawatan dan calon mempunyai matlamat yang jelas dalam pengurusan fakulti.

Tujuh jawatan ahli Majlis tertinggi dipertandingan iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari dan Ketua-Ketua kursus. Manakala lapan jawatan AJK Pelaksana akan dipertandingkan iaitu bagi Bahagian:

  • Akademik
  • Pengantarabangsaan dan Hubungan Luar (Antarabangsa)
  • Pengantarabangsaan dan Hubungan Luar (Domestik)
  • Tugas-tugas Khas 
  • Pembangunan dan Keusahawanan
  • Sukan dan Rekreasi
  • Kebajikan
  • Dokumentasi


Bagi calon yang ingin bertanding sebagai ketua kursus, diminta untuk menandakan dibahagian EXCO.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 11.59 PM, 15 Oktober 2012. Sebarang maklumat berkenaan pilihanraya akan dimaklumkan di laman web rasmi UMP dan juga laman Facebook fakulti

MUHAMMAD QUSYAIRI HASHIM,
Pengerusi,
Suruhanjaya Pilihanraya Fakulti Sains dan Teknologi Industri,
Universiti Malaysia Pahang

0 comments:

Post a Comment