PELAN KEMAJUAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI

Pelan Kemajuan Fakulti Sains Dan Teknologi Industri 2011-2015 merupakan sebuah pelan jangka panjang bagi SCITEXS dan juga FIST yang menumpukan kepada pembangunan dari segi akademik dan ko-kurikulum pelajar. Pelan ini juga diwujudkan sebagai batu asas untuk pembangunan persatuan.

Pelan ini telah diilhamkan oleh Presiden Fakulti Sains dan Teknologi Industri 2010/11, Muhammad Qusyairi Hashim. Pelan ini telah dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama dan juga Fasa Kedua (Semakan Kedua).

Di dalam pelan ini, lapan perkara telah digariskan untuk pembaharuan di dalam fakulti, iaitu ;


  •       i.        Menukar Sistem Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Dan EXCO.
  •     ii.        Penstrukturan Semula EXCO Serta Pengenalan Kepada Jawatan-Jawatan Baru.
  •    iii.        Penubuhan Koperasi FSTI Dan SCITEXS
  •    iv.        Penubuhan Pasukan Penyelidikan Bagi Pelajar Prasiswazah.
  •     v.        Menubuhkan Pasukan Kesedaran Sains Dan Teknologi (PKST).
  •    vi.        Pemansuhan Sistem Semester Pendek dan Pengenalan Pendaftaran Terbuka.
  •   vii.        Orientasi Pelajar Tahun Satu Melibatkan Pengurusan SCITEXS
  •  viii.    Memperkenalkan Program Degree Track untuk pelajar tahun ketiga dan tahun  akhir



Pada fasa pertama pelan ini dirangka, segala perancangan yang digariskan diwujudkan oleh Saudara Muhammad Qusyairi sendiri manakala pada Fasa Kedua, ianya telah dibincangkan bersama beberapa pelajar yang terdiri daripada kepimpinan utama fakulti untuk diperbaiki dan dikukuhkan lagi.

Berikut merupakan panelis yang terlibat dalam perbincangan Pelan Kemajuan Fakulti 2011-2015

Pengerusi : Muhammad Qusyairi Hashim (Presiden FIST 2010/11)
Setiausaha : Goh Diana (Timbalan Setiausaha SCITEXS 2010/11)
Ahli :
  • Amirul Edham Roslee (Pengerusi SCITEXS 2009/10)
  • Cornelia Chin (Bendahari SCITEXS 2009/10)
  • Nor Atikah Mat Yusof (Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa 2010/11)
  • Saifuddin bin Abdul Aziz (Wakil Pelajar Tahun Pertama)
  • Calvin Lee Weng Leong ( EXCO Hubungan Luar SCITEXS 2010/11) 
  • Fairul Haizad Fahrurazzi ( Pengerusi, Jawatankuasa Khas Presiden FIST 2010/11)
  • Syamim Aizat Zaki ( Ahli Majlis Jawatankuasa Khas Presiden FIST 2010/11)
  • Ahmad Faisal Nawawi ( Ahli Majlis Jawatankuasa Khas Presiden FIST 2010/11)