Sunday, January 23, 2011

Sistem Pemilihan dan Pencalonan Kabinet SCITEXS 2011/12


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi pencalonan untuk Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan juga EXCO SCITEXS sesi 2011/12, pencalonan akan diadakan menurut jawatan yang ingin dipertandingkan. Setiap calon hendaklah dicalonkan beserta jawatan yang ingin dipertandingi. Sebanyak empat (4) jawatan Ahli Majlis Teringgi serta sembilan (9) jawatan EXCO yang dipertandingkan pada pilihanraya fakulti pada kali ini. Jawatan-jawatan yang dipertandingkan adalah seperti berikut;

Majlis Tertinggi
- Presiden
-Timbalan Presiden
-Setiausaha
-Bendahari

EXCO

-EXCO Akademik ( Terbahagi kepada bahagian Kimia Industri dan Bioteknologi Industri)
-EXCO Pengantarabangsaan dan Hubungan Luar ( Terbahagi kepada hubungan antarabangsa dan hubungan tempatan)
-EXCO Kebajikan
-EXCO Media dan Dokumentasi
-EXCO Pembangunan dan Keusahawanan
-EXCO Sukan dan Rekreasi
-EXCO Tugas-tugas Khas.

Bagi calon EXCO, pertandingan adalah untuk jawatan "EXCO" sahaja tanpa perlu menyatakan portfolio. Pelantikan EXCO beserta portfolio masing-masing hanya akan dilakukan secara dalam selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang bakal diadakan pada 7 Februari 2011.



Syarat tambahan bagi calon-calon yang ingin bertanding untuk kerusi PRESIDEN SCITEXS, anda DIWAJIBKAN untuk menyertai Program Kami Memimpin, Kami Prihatin yang akan diadakan pada 29 Januari hingga 5 Februari. Bagi calon yang tidak menyertai program ini, anda TIDAK dibenarkan bertanding untuk jawatan Presiden, namun masih dibenarkan bertanding untuk jawatan-jawatan lain. Pengecualian untuk calon yang ingin bertanding jawatan Presiden namun tidak dapat menyertai Program Kami Memimpin, Kami Prihatin hanya diberikan kepada calon berbangsa Cina yang akan menyambut Tahun Baru Cina pada ketika itu.

Jika terdapat sebarang masalah, pertanyaan dapat diajukan kepada Ketua Suruhanjaya Pilihanraya Fakulti 2011, Calvin Lee Weng Leong 017-6028118.

Terima Kasih,
MUHAMMAD QUSYAIRI BIN HASHIM,
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Sains dan Teknologi Industri,
Fakulti Sains dan Teknologi Industri,
Universiti Malaysia Pahang.

0 comments:

Post a Comment